siapa benar?

1. Lagaknya memang ketara. Azizah kini cuba meraih simpati dari golongan wanita dengan menampilkan imej isteri dan ibu yang baik. Di Permatang Pauh bulan lepas, antara aturcara beliau adalah melawat mereka yang uzur. Mewakili Ahli Parlimen Ptg. Pauh ujarnya, sedangkan semasa menyandang jawatan itu, Azizah amat berkira utk pulang ke kawasan.

2. Kini, pabila ada lagi jemputan buat Azizah selaku Presiden PKR ke luar KL, Azizah memaklumkan beliau sibuk sepanjang bulan ini. Sibuk mengiringi AnWAR ke mahkamah. Setiap kali tiba di mahkamah, maka tergesa-gesalah AnWAR 'menangkap' tangan Azizah untuk menaiki tangga ke bilik perbicaraan........

3. Selesai jurugambar merakamkan sudut-sudut yang menarik, tangan Azizah dilepaskan konon untuk AnWAR melayan para wartawan atau 1-2 orang teman yang hadir mengikuti perbicaraanya. Jika ada anak-anak, berjalanlah Azizah dengan anak-anaknya. Jika tiada, berjalanlah Azizah sendirian diikuti beberapa staf AnWAR dibelakangnya.

4. Azizah ialah saksi alibi utama bagi AnWAR. Namanya telah dikemukakan pihak pembela. Karpal Singh gagal mendapatkan salinan bukti-bukti pendakwa termasuklah rakaman CCTV keluar masuk AnWAR di kondominium tempat berlakunya kes. Azizah pasti 'pening' kerana tidak tahu jam berapa sebenarnya pergerakan AnWAR di sana.

5. Sebagai saksi alibi utama, pasti Azizah akan ditanya (oleh pendakwa) tentang kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan AnWAR berada bersamanya bagi menyanggah masa pertuduhan. Jangan lupa, Sivarasa juga nyatakan AnWAR berada di pejabat PKR mempengerusikan mesyuarat ketika itu.

6. Mana satu yang betul? Azizah atau Sivarasa kerana Azizah nyatakan AnWAR bermesyuarat di rumah. Sivarasa kata pula mesyuarat di pejabat! Kerana itulah AnWAR berhempas pulas mahukan rakaman CCTV tersebut. AnWAR mahu Azizah 'berlakon' sesuai dengan skrip dikarang AnWAR. Azizah hanya mengikut sahaja.....

7. Cukup-cukuplah Azizah. Lebih mulia jika Azizah nyatakan beliau memang tidak tahu apa yang sebenar berlaku antara suaminya dan Saiful daripada terus bercakap tentang konspirasi yang Azizah sendiri 'kelabu' mengenainya. Nama Azizah juga dimasukkan sebagai saksi alibi secara tergesa-gesa. Pasti ada sesuatu yang tidak kena mengenainya.............

cuba fikir kan balik .. dan baca dengan tenang apa yang aku cuba post kan ni kau orang akan paham asal semua kata2 dorang berlainan siapa kita nak dengar? azizah? sivarasa? atau pun saiful? jaga2 kalau kalau benar kan bagus percepatkan kes .. ke kes ni da cam kes racun dalam badan anwar ..

0 comments:

Post a Comment