pengunaan nama Allah





"Mana mana pihak yang menyokong penggunaan kalimah Allah akan menyebabkan jatuh kufur dan syirik"
Dato Harun Din

Sekali lagi kekufuran PAS sengaja mahu mengundang kifarah dan amarah dari Allah Taala. Agaknya memang tok tok politik PAS sengaja mahu mengundang musibah yang bakal menimpa umat Islam di Tanah Melayu. Apalagi yang mahu ditegakkan ... sedangkan Ustaz Haron Din beserta Ustaz Taib Azamuddin sendiri membantah sekeras kerasnya penggunaan kalimah Allah oleh Yahudi, Majusi dan Nasrani. Ayat Al Quranul Karim mana lagi yang hendak diputarbelit oleh Khalid 'Gereja' Samad dan Haji Hadi 'Politik Suku Agama Suku' Awang ni.

Adakah Surah Al Imran Ayat 64 sekali lagi akan diputarbelitkan oleh kedua dua jahil ini.

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah". Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".

Balik balik surah ini yang digunapakai untuk menghalalkan cara demi sebuah undi.

Bagaimana dengan surah Al Imran ayat 65 hingga ke 78 ...

Mengapa ayat seterusnya ini tidak digunapakai untuk menghalalkan cara. Sebabnya cukup mudah kerana ayat ayat seterusnya dari Surah Al Imran ayat 65 hingga ayat 68 berkenaan mengajak umat manusia sebenarnya menyembah Allah Taala bukan berhala dan sebagainya. Allah yang Esa ... Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan.

Surah Al Imran ayat 69 hingga ke ayat 74 cukup membuktikan sikap ahli ahli kitab terhadap Islam sebenarnya. Walaubagaimana sekalipun, Yahudi, Nasrani dan Majusi tetap akan menolak Islam.

Surah Al Imran ayat 75 hingglah ke ayat 78 menceritakan sikap dan keburukan Yahudi.

Mengapa demi sebuah undi dua jahil ini sanggup bergolok gadai kononnya atas dasar prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Satu potong ayat digunakan ... habis satu tafsiran dibuat merangkumi kesemua Surah Al Imran. Inilah sebenarnya dasar manusia menjual agama demi kepentingan politik semata mata. Bukan tak tahu ... tetapi sengaja ... sengaja memperbodohkan diri kepada kafir harbi.

Benarlah sepertimana Firman Allah SWT:

وَآمِنُواْ بِمَا أَنزَلْتُ مُصَدِّقاً لِّمَا مَعَكُمْ وَلاَ تَكُونُواْ أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَناً قَلِيلاً وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ

Ertinya : Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al Qur'an) yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertakwa ( Al-Baqarah : 41)


Benarlah juga sabda Rasulullah ...

"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)... (Riwayat At-Tirmizi)

Demi sebuah undi ... habis Islam dijadikan alat jual beli ... cukup sadis !!!


bodoh nya nicky aziz
nicky aziz ustaz tadika yang kufur

0 comments:

Post a Comment