betul ke ulama tak leh dihina?

ramai puak2 pas cakap berdosa menhina seorang ulama .. tpi aku nak tanya dorang apa dorang tau maksud ulama nie? alif  lam mim (ilmu) jadi maksud nya ulama ni seorang ilmuan contoh kalau kau ahli ilmuan dalam bahasa english kau layak di gelar ulama english sebab nama pun ilmuan ... kalau dia ilmuan dalam sesuatu  perkara dia di gelar ulama jadi tak ada la yg mengatakan ulama ni tak leh dihina tah cam mana la sesat orang pas ni .. dorang ni mesti suka membabi buta sebab sokong babi buta tu jadi la buta ilmu cakap pandai cam bagus2 tapi ajak debat depan2 telur kedapan ada je alasan pastu gambar kat facebook tue guna gambar kartun apa nya perjuang islam pun aku tak paham .. gila penakut .. tak ada ciri2 perjuang islam sejati

siapa Golongan khawarij

Golongan khawarij bertindak keluar dari parti mereka apabila tidak sependapat dengan Ali ra.Berkata Muhammad bin Husin AlJuri "Khawarij adalah golongan yang menentang kepimpinan org islam sebagaimana yg terjadi terhadap kepimpinan Saidina Ali ra. Cara mereka menentang ialah dengan melaungkan slogan "Laa Hukma illallahi (Tidak ada hukum melainkan hukum Allah)"




Tetapi slogan mereka itu dijawab oleh Saidina Ali "Laungan slogan mereka itu hanya menggunakan (memperalatkan) perkataan hak, tetapi sebenarnya apa yg mereka inginkan (tersirat dalam hati) ialah KEBATILAN (kehancuran pemerintahan islam) Sila rujuk As sunnah oleh Ibnu `Asim.



Manakala pendirian Ahlussunnah Wal Jamaah dalam hal ini berpandukan sabda Rasulullah saw yg bermaksud: "Sesiapa yg datang kepada kamu mengajak menderhakai pemimpin dan hendak memecah-belahkan kesatuan umat islam sedangkan ketika itu kamu sedang mentaati pemimpin kamu itu, maka hendaklah kamu perangi dia.." (Hadis riwayat Muslim)



PAS betul-betul telah mengambil fikrah Khawarij dicampur aduk dengan keangkuhan fahaman Muktazilah di adun sebati dengan cara agresif Syi`ah......malangnya mereka merasa....merekalah yang paling betul, bahkan mengangkat mursyidul `am mereka setanding dengan rosul (tak boleh bantah kebatilan yg mereka bawa)dan paling teruk lagi.....mereka ahli PAS adalah calon-calon syurga Allah.....


teringat satu cerita lucu
Jenayah paling besar yang telah dilakukan oleh PAS di abad 21 ini adalah menyamakan ISLAM dengan PARTI mereka. Islam adalah PAS, dan PAS itu adalah islam. Siapa yg menolak PAS bermakna menolak Islam dan tak layak digelar Muslim. Siapa nak syurga sila isi borang jadi ahli, maka mereka akan dijamin syurga, bukankah ini bid`ah yang sangat menyesatkan di akhir zaman ini.


terdapat suatu zaman dimana para ilmuan dan ulama yang menggilai harta(wang)hingga sampai lah kepada mereka idea untuk menjual Neraka dan Syurga(umpama geran)dengan harga yang tinggi.



Gemparlah pekan tersebut maka ramai yang mula risau sekiranya tidak membeli geran Syurga,khuatir akan tercampak ke Neraka.


Maka datanglah satu pemuda ke hadapan para ulama tersebut lantas berkata 'Aku mahu membeli semua geran Neraka!Kesemuanya!'


Proses jual beli selesai maka pemuda tersebut keluar dan membuat pengumuman kepada semua penduduk kota tersebut..


"Semua neraka telah ku beli dan aku tak mahu sesiapa pun memasukinya.."


Maka penduduk lega sebab tak perlu membeli mana2 geran...






Hmm..anak bagai tertunggu tunggu kejadian sebegini terjadi bagi menyedarkan masyarakat kita bahwa politik ini kotor.politik ini busuk.






Sedarlah wahai masyarakat..ISLAM itu tinggi dan suci lagi indah.






Jangan lah dibusukkan nama ISLAM


Jangan lah dirobohkan ISLAM

siapa ulama pas ni ?

Kedua-duanya orang kuat PAS dan mereka memegang jawatan-jawatan utama dalam parti itu. Tapi tahukah kita sejarah mereka? Mari kita lihat secara ringkas riwayat kehidupan mereka ini.

Nik Aziz adalah seorang pelajar dalam bidang tafsir dan usuludin di sebuah pondok di Hyderabab. Pondok tersebut letaknya di Deo Band yang mana adalah dipengaruhi fahaman Wahabi. Fahaman Wahabi ini adalah adik kepada Khawarij yang mempunyai sikap “tidak Sabar”.

Puak Khawarij ini menuduh Syaidina Ali dengan bermacam-macam tuduhan selepas beliau mengambil alih pucuk pemerintahan Islam selepas kematian Syaidina Osman.

Muktazilan mendesak supaya Ali segera menyiasat dan menangkap pembunuh pemerintah lalu. Tetapi Syaidina Ali memohon mereka bersabar kerana beliau ingin menyusun kerajaan beliau pada waktu itu.

Tetapi kerana ketidaksabaran mereka, maka mereka memusuhi sesiapa saja yang tidak menyokong mereka. Sikap ini ditonjolkan dalam perangai ahli-ahli PAS.

Seterusnya selepas pulang ke Malaysia, Nik Aziz mengajar ilmu agama di surau-surau serta mana-mana tempat yang orangramai panggil beliau untuk memberi kuliah.

Ahli-ahli UMNO sangat kesian melihat beliau yang ke sana-sini mengajar agama dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Maka mereka membawa beliau ke dalam Kemas sebagai Guru Agama.

Beliau juga pernah dilawati oleh Anwar Ibrahim sewaktu di Kelantan dan hasil dari itu Anwar Ibrahim mencadangkan beliau membuka sebuah pondok untuk dijadiukan pusat pembelajaran agama. Nama pondok itupun hampir sama dengan nama Anwar Ibrahim.

Cuba pergi Kelantan dan siasat!

Untuk menjadi guru Kemas, beliau mesti menjadi ahli UMNO terlebih dahulu dan beliau pun menjadi ahli UMNO demi untuk menjadi petugas Kemas. Walaubagaimanapun selepas beberapa lama menjadi guru agama Kemas, dalam menjalani proses kenaikan pangkat beliau telah gagal kerana ketiadaan ketokohan serta kegagalan dalam interview. Maka bertitik tolak dari situlah beliau terus keluar dari UMNO serta Kemas dan menjadi seorang ahli PAS.

Bermulalah era ‘sikap tidak sabar’ beliau serta penyokong-penyokong beliau hasil serba sedikit pengajaran dari pondok di India yang berfahaman Wahabi. Sehingga ini kita dapat melihat sikap tersebut. Ini satu kejayaan besar Nik Aziz dalam karier politik beliau … menanamkan sikap tidak sabar dikalangan pengikut beliau.

Sementara itu Hadi pula adalah secara ringkasnya seorang pelajar bidang Dakwah dan Usuludin di luarnegara. Setelah tamat pengajian beliau pulan ke Malaysia dan bertugas sebagai pegawai agama di agansi kerajaan di Terengganu.

Bapanya iaitu Hj. Awang adalah bekas Setiausaha UMNO bahagian di Terengganu, Di Atas kekuatan bapanya sebagai seorang Setiausaha bahagian, maka dengan senangnya beliau dilantik menjadi pegawai agama di Terengganu.

Tetapi, selepas gagal dilantik sebagai Kadi kerana ketidakupayaan atau kegagalan menghasilkan prestasi tugas yang baik, beliau terus mendaftar menjadi ahli PAS dan meletakkan jawatan sebagai pegawai Agama. Dan selepas itu beliaulah yang menfatwakan yang UMNO itu kafir.


Itulah dua orang pemimpin PAS. Kedua-duanya kecewa kerana tidak mendapat jawatan yang lebih tinggi. Kedua-duanya adalah bekas pemakan budi UMNO. Kedua-duanya juga menjadi pemecahbelah kepada masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Yang lebih penting ialah kegagalan mereka berdua menghasilkan undang-undang hudud yang sama. Undang-undang hudud PAS Terengganu juah berbeza dengan undang-undang hudud PAS Kelantan. Kenapa terjadi begini?

Ini adalah kerana mereka berdua bukan pakar dalam bidang syariah. Mereka hanya pakar dalan dakwah, tafsir dan usuludin. Seorang pandai bercakap dan seorang lagi hanya pandai mentafsir tetapi mengikut citarasa sendiri dan kepentingan parti.

p/s baru2 ni hangat diperkatakan ... bahawa mana2 ulama masuk dalam umno tidak akan diberi sembarang jawatan oleh juak2 PAS ooo rupa nya nak jadi ulama berjawatan ... bkn ulama islam