PSV (Parti Sammy Vellu) ugut keluar BN

PSV UGUT KELUAR BARISAN!?
T. Mohan menegaskan, parti itu tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) jika UMNO terlibat dalam penganjuran dan pembentukan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) pada Ahad ini.


Sambil menyifatkan tindakan penganjuran berkenaan tidak wajar memandangkan Datuk Seri S. Samy Vellu adalah Presiden MIC yang dipilih secara sah oleh perwakilan, beliau menggesa UMNO menjelaskan tujuan penyewaan sebuah dewan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari berkenaan.


Menurut Mohan, beliau curiga tempahan oleh UMNO itu dibuat bagi menganjurkan perhimpunan dan pelancaran GAS bagi mendesak pemimpin tersebut meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC lebih awal daripada perancangannya.


Berikutan desakan-desakan berkenaan, anak Samy Vellu, S. Vell Paari yang juga ahli CWC MIC dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today semalam mendakwa UMNO kini melakukan ‘pembunuhan politik’ terhadap ayahnya dengan turut terlibat dalam penubuhan GAS.


‘Jika mereka kata ada 7,000 ahli serta bekas ahli parti mendesak Datuk Seri (Samy) meletakkan jawatan, saya akan bawa 14,000 ahli Pemuda MIC yang menyokong beliau (Samy Vellu) tetapi mampukah polis jamin soal keselamatan di sekeliling?


‘Lagipun polis pernah membatalkan perhimpunan Hindraf pada 2008 lalu yang memperjuangkan nasib komuniti India sedangkan GAS hanya bercakap mengenai seorang individu (Samy Vellu) jadi saya harap tidak ada double standard dalam hal ini,” katanya.




Cakap besar je Mohan ni, keluarlah kalau berani tanpa perlu mengugut Najib. Selama ini pun MIC ada calon semata-mata kerana disokong oleh UMNO. Komuniti India sendiri adalah terlalu kecil untuk mencukupkan mereka mempunyai perwakilan baik dlm DUN ataupun Parlimen. Di dalam BN ada banyak parti alternatif lain yang betul-betul memperjuangkan kaum India, bukannya nasib Samy Vellu.




Tertanya-tanya juga bila pula Pemuda UMNO hendak buat press statement meminta MIC di singkirkan dari BN? Selama ini pun UMNO yang bertungkus lumus memenangkan calon-calon MIC contohnya Hulu Selangor. Kalau mereka fikir mereka boleh menang tanpa bantuan UMNO, lepaskan sahaja mereka!




Kekuatan BN bukannya berpangkal dari sokongan kaum India. Jangan sangka perpaduan Melayu telah rapuh & berpecah-belah kaum lain cuba hendak mengambil kesempatan. Itu cuma fenomena. Suatu ketika nanti orang Melayu akan bersatu kembali memandangkan banyak ancaman & gugatan orang bukan Melayu untuk merebut hak-hak orang Melayu.




MIC dah tak macam dulu, sekarang dah jadi PSV (Parti Samy Vellu). Selagi PSV ni wujud, selagi tu la org takkan menyokong BN. kami tak pernah gentar dengan kau orang yg kaki ugut2 nie

0 comments:

Post a Comment