MENGENALI ALHLAK NIK AZIZ
Di bawah ini di perturunkan antara kata-kata Nik Aziz yang boleh dijadikan renungan kita bersama Setelah melihat dan mengkaji, bertanyalah diri masing-masing. Apakah layak Nik Aziz dipanggil dengan gelaran Tokguru atau ulama, atau di sebaliknya.
ALLAH SAMSENG, SOMBONG. ANGKOH & MENCARUT
Kata-kata Nik Aziz mengikut laporan Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.
HUJAH PENOLAKAN
Apabila Shahnon menulis buku berjodol “SHIT” maka Dato’ Nik Ab. Aziz melalui responnya mengulas dengan menyokong, apabila beliau menyatakan “kita boleh memaki orang lain jika orang itu melakukan kesalahan, kerana Allah SWT sendiri telah memaki Abu Lahab”. Dan sesiapa yang membaca ayat tersebut bererti ia turut memaki Abu Lahab dan ia mendapat pahala. (Sebagaimana dilaporkan oleh Bernama pada 19 Julai 1999)
Yang dimaksudkan oleh ayat pertama surah al-Masad: “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama!
Ayat-ayat ini dan ayat-ayat seperti ini telah disalahtafsirkan oleh manusia yang tidak takut akan kemurkaan Allah. Kononnya, Allah SWT sendiri telah menggunakan perkataan memaki, menghina, dan mencaci. Sebenarnya dalam al-Quran, tiada sebarang kecacatan dan kepincangan. Sebaliknya jika ada yang dianggap sebagai kecacatan dan kepincangan dalam al-Quran pun, ia bukanlah kerana wahyu Allah bersifat tidak sempurna atau cacat dan pincang. Sebaliknya yang cacat dan pincang ialah manusia yang berfikiran karut dan mentafsirkan ayat al-Quran berdasarkan pendapatnya sehingga boleh mengelirukan orang lain.
Sewaktu mentafsirkan ayat-ayat seperti ini, sepatutnya seseorang sewajarnya menilai perbezaan antara manusia dengan Allah. Allah ialah al-Khaliq (pencipta) dan manusia ialah al-Makhluq (yang diciptakan). Allah mempunyai sifat-sifat yang indah dan cantik (Asma’ul Husna). Oleh yang demikian, adalah mustahil sama sekali Allah memiliki sebarang bentuk kecacatan. Ilmu tauhid telah mengajar kita agar meyakini bahawa apa jua perkara yang baik datangnya daripada Allah dan apa jua perkara yang tidak baik datangnya daripada diri kita sendiri. Sebagaimana firman Allah:
Dalam konteks menggunakan kata-kata kesat, cacian, celaan dan makian, Allah Yang Maha Berkuasa telah pun mengharamkannya sebagaimana ayat 11 surah al-Hujurat berikut:
Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah daripada kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasiq), maka amatlah buruknya sebutan nama fasiq kepada seseorang, sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang disebut sifat fasiqnya itu), maka merekalah orang yang zalim (yang sengaja mendedahkan diri mereka kepada azab Allah S.W.T.). (Surah al-Hujurat 49:11)
Terdapat beberapa ayat yang lain dan juga beberapa hadith yang melarang dengan tegas perbuatan yang menunjukkan kerendahan akhlak itu. Malah jika ada pun ayat-ayat al-Quran yang kononnya dianggap memaki atau mencarut, ia dianggap menjadi hak mutlak Allah SWT. Allah lebih berhak untuk melakukan lebih daripada itu atas diri kita kerana kita ialah milik-Nya, dan kita tidaklah berhak untuk melakukan perbuatan yang dilakukan oleh Allah seperti meminjam pakai sifat-sifat-Nya. Firman Allah yang Maksudnya: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik dan yang mulia, maka serulah dan panggillah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama yang baik-baik itu, dan pulaukanlah orang yang menggunakan nama-nama Allah itu dengan nama yang tidak baik. Mereka seperti ini akan mendapat balasan yang sesuai mengenai perkara yang mereka telah kerjakan. (KEFAHAMAN AYAT (180) AL-A’RAAF)
Oleh itu orang-orang Islam diminta agar jangan menyebut nama-nama atau sifat-sifat Allah dengan bahasa yang dipandang buruk seperti: Kalau kamu pandai menipu, maka Allah lebih pandai lagi menipu. Kalau kamu samseng, maka Allah lebih samseng lagi atau seumpamanya, terutama jika yang hendak bercakap itu seorang yang dikatakan ‘alim, kalaulah yang tidak memiliki ilmu agama agak munasabah.
Dan sabda Rasulullah s.a.w.:- Maksudnya:-Mencaci maki orang muslim adalah perbuatan fasik dan membunuhnya adalah kufur. (Hadis Riwayat: Ahmad, Bukhari dan Muslim).
Rasulullah s.a.w. melarang memaki orang musyrik yang terbunuh dalam perang badar. Beliau bersabda maksudnya:” Janganlah kamu memaki mereka, daripada apa yang kamu katakan. dan kamu menyakiti orang-orang yang hidup. Ketahuilah kekotoran lidah itu tercela. (Hadis Riwayat An-Nasai dari Ibnu Abbas Isanad Sahih).
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi maksudnya:- Sesungguhnya kekejian dan berbuat-buat kekejian tidak sedikitpun dari islam. sesungguhnya manusia yang terbaik islamnya, ialah yang baik Akhlaknya. (Hadis Riwayat Ahmad dari Ibnu Abid Dun Ya dengang Isand Sahih).
Perlu dijelaskan di sini, iaitu al-Quran mengecam ahli kitab (orang-orang Yahudi dan Nasarani) yang telah memberi kekuasaan kepada pemimpin agama mereka (para pendita atau Ulama) mereka untuk menetapkan halal dan haram. Sebagaimana firman Allah SWT: yang Maksudnya: Mereka menjadikan pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik selain daripada Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah S.W.T. daripada apa yang mereka sekutukan. (Surah al-Taubah ayat 31)
HURAIAN AYAT: Orang Yahudi dan Kristian itu telah menjadikan para pendeta dan tokoh agama mereka sebagai pendidik dan guru yang mereka patuhi dalam urusan hukum halal dan haramnya sesuatu perkara itu, lalu mereka meninggalkan serta mengetepikan perintah dan panduan daripada Allah S.W.T., seolah-olahnya mereka menyembah para pendeta dan tokoh agama mereka . Ini bererti mereka taat dan patuh kepada pendeta dan tokoh agama mereka sama seperti mereka patuh kepada Allah S.W.T., walaupun mereka tidak melakukan ibadat atau upacara sembahyang terhadap pendeta dan tokoh-tokoh agama mereka.
Terdapat hadis yang ma’thur daripada Rasulullah s.a.w. maksudnya :
‘Adyu bin Hatim berkata: “Saya telah datang mengadap Rasulullah s.a.w. sedangkan di leher saya terdapat sebentuk salib emas, lalu baginda pun bersabda: “Campakkan berhala itu daripada lehermu wahai ‘Adyu!”. Kemudian, saya mendengar baginda membaca ayat 31 surah al-Taubah. Saya menjawab: “Wahai Rasulullah! sebenarnya mereka tidak menyembah dan beribadat kepada pendeta dan ahli-ahli agama”. Rasulullah pun menyoal saya lagi: “Tidakkah mereka (Ahlul Kitab itu) mengikut sahaja keputusan para pendeta dan tokoh agama mereka, sekalipun kalau diputuskan sesuatu yang halal itu sebagai haram atau sesuatu yang haram itu sebagai halal?”. Maka saya pun menjawab: “Benar, wahai Rasulullah!”. Baginda pun bersabda: “Itulah maknanya mereka beribadat kepada para pendeta dan tokoh agama itu”.
Lihat Maksud ayat al-Quran: Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelok pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka perkara yang telah mereka lakukan. (Ayat 108 al-Anam)
Yang dimaksudkan agar jangan memaki berhala, bukannya mengiktiraf kebenaran berhala. Berhala tetap batil, namun Allah mengajar orang Islam hendaklah bercakap dengan perkataan yang sopan, lebih-lebih lagi kepada sesama manusia.
Al-Quran juga mengecam orang-orang musyrik yang berani mengharamkan dan menghalalkan tanpa izin Allah dengan kata-kataNya sebagai berikut;
Maksudnya: Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): “Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan oleh Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?” Katakanlah lagi (kepada mereka): “Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah? (Surah Yunus ayat 59)
HURAIAN AYAT: Ibnu Abbas berkata: Pada asalnya ayat ini sebagai bantahan dan kutukan kepada orang musyrik yang telah mengadakan sendiri hukum tentang halal atau haramnya sesuatu perkara, seperti hukum mengenai Bahirah dan Saibah serta mengenai haiwan ternakan sebagaimana yang telah dihuraikan dalam surah al-An’aam dahulu”.
Maksudnya: Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (Ayat 116 Surah an-Nahl)
Semoga kita maklum dan dapat memahami keadaan tersebut dan jangan taksub membabi buta kepada sesorang tanpa hujah syarie. Sesungguhnya ada ulama yang menghalalkan sesuatu untuk kepentingan politik mereka dan sanggup mengahalalkan sesuatu hukum yang menjadi hak mutlak Allah. Ianya bukan hak manusia termasuk ulama. Berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah Rasul. (Rujuk Surah Yunus ayat 59)
(BERSAHABAT DENGAN SYAITAN)
“Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
Menurut Kamus Dewan MS 1168 edisi 3 “Bersahabat” iaitu berkenalan dan berbaik-baik, berkawan, berteman. Perkara tersebut adalah bercanggah dengan apa yang Allah firmankan seperti berikut:-
Surah al-Baqarah ayat 168 maksudnya: Janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.
Surah al-Baqarah ayat 208 maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangnlah kamu turut langkah-langkah syaitan.
Surah An-Nisa’ ayat 38 maksudnya: Barangsiapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya.
Surah Yusuff ayat 5 maksudnya: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.
Surah al-An’Aam ayat 121 maksudnya: …..dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), Sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik.
Ketiga(3): UMNO AJARAN SESAT ATU KAFIR
1. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.
HUJAH PENOLAKAN
Menurut Kamus Dewan MS 18 edisi 3 “Ajaran” mempunyai makna: Segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk. Dan “Sesat” (MS 1267) ialah: Tidak mengikut jalan yang betul, tersalah atau tersilap jalan, terkeliru(perbuatan. Kepercayaan dan lain-lain), menyimpang daripada jalan yang benar. Kafir (MS 557 ) ialah: Orang yang tidak percaya kepada Allah dan RasulNya, orang yang bukan Islam.
Adalah tidak wajar kepada sesiapa sahaja mencampuri urusan Allah berhubung dengan perkara-perkara yang hanya diketahui oleh Allah SWT seperti iman dan kufur, syurga dan neraka, kerana ia juga dikategorikan sebagai penyelewengan akidah. Dalam Islam memfatwa dengan menafikan akidah sesama Islam secara rambang dan mudah adalah terkeluar daripada Sunnah Rasulullah s.a.w.
Islam amat ketat untuk menentukan seseorang itu terkeluar daripada akidah atau murtad, kecuali setelah dia terang-terangan menunjukkan pengkhianatannya terhadap akidah Islam. Itupun setelah dinilai dengan saksama oleh orang yang ahli dalam bidang tersebut. Nampaknya kini masih terdapat lagi Nik Aziz mengkafirkan orang-orang UMNO dengan menyebut sesat dan sebagainya. Sila renung kepada firman Allah:
Maksudnya: Janganlah kamu terburu-buru mengatakan kepada orang yang menunjukkan sikap damai kepada kamu sama ada mereka memberikan salam atau mengucap dua kalimah syahadat, tetapi kamu menganggapnya sebagai orang yang bukan Islam dan tidak beriman dengan tujuan dan motif hendak mencari mata benda kehidupan dunia yang tidak kekal, dan akan hilang hancur, ketahuilah di sisi Allah nanti ada disediakan limpah kurnia dan balasan syurga yang lebih baik dan lebih bernilai daripada harta dunia yang kamu kejar itu. (KEFAHAMAN AYAT 94 AN-NISAA’)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda seperti maksud berikut:
Sesiapa yang bersembahyang seperti kita orang Islam, berkiblat seperti kita, dan memakan sembelihan kita, maka mereka itu orang Islam. (Hadis Bukhari dari Anas rs)
Hadith Rasulullah s.a.w.
Maksudnya: Wahai orang yang beriman, kalau hanya melalui lidahnya sahaja mungkin belum meresap lagi iman itu ke dalam hatinya. Janganlah kamu mengumpat sesama kaum muslimin, dan janganlah kamu mendedahkan keaiban dan cacat cela kaum muslimin lain, kerana sesiapa yang mendedahkan keaiban saudara seagamanya, maka Allah akan mendedahkan keaibannya juga, dan sesiapa yang didedahkan Allah aibnya, maka akan terdedahlah semua keburukannya, walaupun dalam rumah tangganya sendiri. (Riwayat al-Hafiz Abu Ya`la).
WADAH PERJUANGAN UMNO MENGIKUT ISLAM
Tiada siapapun boleh menafikan bahawa Malaysia tidak mungkin diperintah oleh mana-mana satu bangsa sahaja tanpa gabungan kongsi kuasa; kerana masyarakat Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang sudah menjadi realiti.
Demi menjamin kestabilan dan keselamatan negara, semua warganegara harus akur kepada “ketuanan Melayu” , memahami serta menghayati kontrak sosial, pada masa yang sama akan lahirlah penerimaan terhadap hak-hak keistimewaan Melayu dan semua pihak tidak akan tercicir dalam mendapat haknya.
Yang demikian nilai KEADILAN dan kesaksamaan di Malaysia mestilah berasaskan kongsi kuasa yang sudah termeterai dan menjadi tradisi pembahagian hak dalam pemerintahan negara. Ketetapan formula yang telah dilakukan dahulu sudah tentu mengambil kira segala kepentingan bersama. Sebarang rombakan formula tersebut boleh menempah padah termasuk huruhara.
NABI MUHAMMAD S.A.W. MODEL PEJUANG ISLAM
Pemerintahan Islam Madinah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w. adalah model ikutan(IDOLA) politik umat Islam sepanjang zaman. Walaupun pada peringkat permulaan, majoriti kaum kafir Yahudi jauh lebih besar daripada orang Islam, namun cara politik gabungan kongsi kuasa muslim dengan kafir terbukti mampu membentuk sebuah Negara Islam yang sejahtera.
Walaupun ciri-ciri tekniknya perlu diteliti lagi untuk menjadai panduan berterusan menjamin KEADILAN; namun pada konsepnya sudah cukup untuk dipacak sebagai asas contoh ikutan;
Kerajaan kongsi kuasa mesti dilakukan antara Muslim dengan bukan Muslim apabila terdapat penduduknya berbagai kaum (majmuk). Keadaan penduduk majmuk Madinah dengan Malaysia ada ciri-ciri persamaannya.
Dalam pemerintahan kongsi kuasa mesti ada satu golongan yang dominant majoritinya mengatasi semua, bagi mengelak berlaku pakatan sulit berebut pembentukan kerajaan campuran. Bagi Madinah Nabi Muhammaad s.a.w.; menentukan keutamaan kepimpinan kepada kabilah Quraisy; sebagaimana sabda baginda s.a.w.. yang bermaksud
Pemimpin-pemipin itu hendaklah daripada Quraisy. Dan sesungguhnya kasih kepada bangsa Quraisy tanda iman.
Yang bermaksud: Imam Bukhari meriwayatkan hadith daripada Muawiah katanya: Aku dengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Sesungguhnya urusan pemerintahan ini hendaklah di tangan orang Quraisy. Mereka tidak boleh dilawan oleh sesiapa. Jikalau melawan, maka Allah SWT akan murka selama mana ia menjalankan kegiatan Islam.
Perjuangan UMNO menepati sirah Nabi Muhammad s.a.w.
Jikalau Nabi Muhammad s.a.w. mengikat janji berkongsi kuasa dengan musuh tradisi Islam iaitu kafir Yahudi Madinah, demikianlah kewajaran UMNO di Malaysia mengikat janji berkungsi kuasa dengan orang bukan Islam semenjak tahun 1955 hingga sekarang. Lebih-lebih lagi kerjasama antara bangsa itu merupakan prasyarat merdeka oleh penjajah British. Gabungan PERIKATAN bermula 1955 – 1973 dan gabungan BARISAN NASIONAL mulai 1974 hingga sekarang. Makin hari bertambah kembang dan jawapan kepada fitnah PAS semakin terang, sehingga PAS sendiri sekarang ini telah ikut sama bekongsi pilihan raya dengan bangsa-bangsa lain.
Kalau Nabi Muhammad s.a.w. memberikan keutamaan kepimpinan kepada Quraisy di Madinah kerana Quraisy mempelopori pejuang Islam; maka tentulah wajar bagi UMNO memperjuangkan keutamaan kepimpinan Melayu kepada
Melayu di Malaysia juga merupakan pejuang utama Islam di Malaysia. Lebih-lebih lagi sebagai penduduk asal yang menjadi peneroka bumi ini, maka Melayu mendapat hak yang istimewa pemilikan harta sebagaimana yang diiktiraf oleh Nabi Muhammad s.a.w.. yang dijadikan asas sandaran ulamak fiqah dalam persoalan pemilikan tanah di bawah bab ‘Ihyaaul Mawaat’ yang bermaksud: Sesiapa menghidupkan bumi yang mati (peneroka) maka dia lebih berhak dengannya. (Yang anehnya PAS telah menyokong persatuan NGO Cina “SYU KIEW” untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika mereka memerintah Pusat)
Dalam usaha PAS menggugatkan kepercayaan orang Islam kepada UMNO, pimpinan mereka menabur fitnah dengan (kononnya) hukum agama untuk menafikan perjuangan Islam UMNO. Pada bulan Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan merekacipta hukum: “Orang Islam yang bekerjasama memerintah Negara dengan orang kafir menjadi kafir atau haram”. (Kertas Putih Ancaman Keselamatan bertarikh 08 November 1984 ada dicatatkan). Perkara yang sebenarnya ialah PAS telah mengharamkan yang harus. Sebagai bukti pada akhirnya(sekarang) PAS juga terpaksa meniru cara UMNO bekerjasama dengan parti DAP untuk pilihan raya bermula 29 November 1999 lalu dan secara langsung PAS telah mengiktiraf cara yang dilakukan oleh UMNO; walaupun DAP secara terbuka menentang pembentukan negara Islam (Harakah 12.04.1999 dan Utusan Malaysia 22.04.1999). Maka terbuktilah bahawa pimpinan PAS sengaja menyelewengkan hukum Allah buat memfitnah UMNO. Ketika mengkafirkan UMNO (1963) dahulu sejarah Nabi Muhammad s.a.w. bekerjasama dengan Yahudi Madinah langsung tidak dibawa; tetapi ketika PAS mahu menerima DAP, maka Mursyidul Am PAS YAB Dato’ Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat baru buka cerita menghalalkannya (Berita Harian 12 Mei 1999). Ulamak yang beginilah sepatutnya mesti ditentang oleh seluruh umat Islam; kerana beliau rela berbohong menyembunyikan kenyataan demi kepentingan diri dan kumpulan. Kalau dulu PAS pernah mengeluarkan fatwa atau kenyataan karut seperti ini, maka tidak menghairankan semasa Muktamar PAS (2007) baru-baru ini beliau telah sekali lagi menyatakan bahawa menyokong UMNO menjadi sesat, dan kenyataan terakhir ini lebih ringan berbanding dulu. (Dulu sokong UMNO menjadi Kafir, kini telah menjadi sesat sahaja).
Gabungan antara kaum tajaan PAS sekadar keperluan untuk menang pilihan raya sahaja; bukan untuk survival bangsa, lagi pun tidak ada perlembagaan bertulis(khusus) bagi rujukan ahli jika terdapat permasalahan sepanjang masa. Adapun gabungan tajaan UMNO dan parti-parti lain mempunyai perlembagaan bertulis yang lengkap dan berterusan serta jelas dan bertanggungjawab. UMNO melakukan cara tersebut kerana mengambil contoh perjanjian Nabi Muhammad s.a.w. dengan orang bukan Islam dulu juga mempunyai kertas perjanjian bertulis.
MENGAPA MELAYU MESTI DIUTAMAKAN?
UMNO ialah parti Melayu, iaitu dalam bahasa kebangsaannya “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” atau ringkasnya FA, KAF, MIM, BA’ RA’ dan Melayu yang UMNO perjuangkan ini pula ialah Melayu mengikut takrif dalam perlembagaan Negara Malaysia iaitu perkara 160 ceraian (2). Melayu yang memberikan erti seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan; ahir sebelum hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisi di Persekutuan atau Singapura atau Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut;
Walaupun perjuangan UMNO atas nama bangsa Melayu; tetapi syarat yang menjadi kuncinya ialah Melayu yang mencakupi syarat peruntukan perlembagaan negara iaitu mesti ISLAM(bak seperti gula secara automatis ada manis di dalamnya). Ini bermakna perjuangan UMNO atas nama bangsa itu membuktikan bahawa UMNO terus menggunakan bangsa untuk memperoleh kuasa politik dan tidak sama sekali memperalatkan agama untuk kepentingan mencapai cita-cita politik seperti PAS. Sekali gus UMNO dapat menghindarkan masalah faham tentang agama dengan parti politik. Dengan itu dapat menghindarkan hukum-hukum agama dieksploitasi oleh parti-parti politik untuk kepentingan parti mereka.
Musuh-musuh Islam tidak mudah menukar rupa bangsa dengan sewenang-wenang, kerana syarat-syarat menjadi Melayu dalam perlembagaan negara itu tentulah lebih sukar berbanding dengan begitu mudah boleh menukar agama demi mencapai kuasa politik memerintah negara. Langkah menjaga kuasa politik memerintah Negara tidak mudah jatuh ke tangan mana-mana musuh durjana mesti diambil kira. Maka perjuangan atas nama bangsa (Mengikut takrif perlembagaan) adalah sangat perlu dan sekali gus lebih mudah berjaya kerana tidak menimbulkan sebarang prasangka oleh agama lain; apatah lagi alasan kita sekarang ialah mempertahankan formula yang telah sedia ada. (Dengan hikmah dan bijaksana)
Lebih bahaya lagi ialah risiko sengketa agama yang boleh menghancurkan kita semua. Jikalau berlaku krisis atas nama pakatan agama, maka tentunya pakatan bukan Islam lebih perkasa. (Silat lihat bangsa apa dan agama apa yang menjadi jiran Malaysia)
Alangkah baiknya kita menggunakan umpan lain buat mengail agama, lebih baik kita tidak melaungkan Islam; sedangkan pada hakikatnya kita terus memperjuangkan Islam. Allah SWT hanyalah memandang perjuangan kita pada hati dan amalan dan bukannya pada rupa dan iklan. Kerana kalau melalui nama, terbukti orang yang bernama Muda, tetapi umurnya menjangkau 80 tahun. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa dan harta kamu, tetapi sebaliknya Allah WT memandang kepada hati dan amalan kamu. (Hadis Riwayat Muslim)
USAHA UMNO SUDAH MENEPATI KEHENDAK
ISLAM MENGIKUT KEMAMPUAN
Proses persiapan mencapai kemampuan melaksanakan hukum Allah termasuk hudud dan sebagainya di Malaysia sedang dilaksanakan iaitu dengan membiayai pelajar-pelajar ilmiah agama bagi melahirkan ulamak pakar mujtahid Islam. Inilah pra syarat pelaksanaan Islam.
Usaha menyelaraskan mahkamah/perundangan sivil dan syarak pula sudah lama diproses. Sebuah jawatankuasa khas untuk tujuan ini sedang melaksanakan tugasnya. Demi ketepatan dan keadilan semua, terpaksalah prosesnya memakan masa. Selagi tapak belum dapat diselaraskan, tentulah hukum dan acara perundangan Islam tidak mampu dipraktikkan.
Usaha memberikan kefahaman Islam kepada seluruh rakyat Malaysia sedang terus berjalan. Peranan UIA, Pusat Islam, YADIM dan Institut Kefahaman Islam (IKIM) yang ditubuhkan oleh pemerintah adalah untuk membasmi buta Islam. Selama tiada kemampuan maka Allah tidak akan membebankan sesiapa. Islam bukanlah agama tergesa-gesa kerana desakan semasa.
Perlaksanaan Islam di malaysia ternyata sudah lama brjalan dan mengikut kaedah siasah syariyah; iaitu berasaskan kepentingan seluruh ummah. Lebih ketara lagi selepas dasar penerapan nilai-nilai Islam diperkenalkan; penghayatan Islam menyerlah dalam segenap bidang, lokasi dan orang. Proses mengubah budaya penjajah bukan suatu perkar yang mudah.
Tindakan pemerintah adalah berlandaskan kaedah usul feqah yang berbunyi:
Maksudnya: ”Uursan pemerintah ke atas rakyat bergantung kepada kepentingan (maslahah) rakyat.”
KESIMPULAN: Sesungguhnya kewajipan melaksanakan hukum Allah adalah tertakluk kepada kemampuan. Tidakdibeban keatas seseorang itu melainkan mengikut kadar kemampuannya .
Maksudnya: Tidaklah diberatkan seseorang itu melainkan berdasarkan kemampuannya. (Ayat 233 surah al-Baqarah)
Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang itu melainkan apa Yang terdaya olehnya. (Ayat 286 al-Baqarah)
Maksudnya: “Apabila aku menyuruh kamu sesuatu, maka lakukanlah mengikut kemampuan kamu” (Hadith daripada Abu Hurairah Riwayat al-Bukhari. Yang memberi erti; Janganlah merancang sesuatu di luar kemampuan kamu nanti tidak matang dan kecundang.
KELAHIRAN PAS BERCANGGAH DENGAN ISLAM
Pada masa Pas lahir, pemerintah Malaya ialah penjajah (British) yang beragama Kristian. Orang Kristian manakah yang bersetuju kepada perjuangan menegakkan Islam, bagi penubuhan sebuah kerajaan Islam yang boleh menggugat sistem kafir. Sebaliknya mereka meluluskan pendaftaran PAS kerana mereka (orang putih) sangat arif tentang perjuangan Islam (sebab itu mereka boleh perintah dunia); dan mereka yakin dengan adanya parti PAS nanti akan menjadi saingan sengit kepada parti Melayu UMNO, yang secara langsung Melayu akan berpecah menjadi dua puak, dan secara tak langsung Islam akan pudar. Allah telah mengingati orang Islam melalui ayat 88 surah an-Nisa’:
Maksudnya: Maka apakah yang menyebabkan kamu menjadi dua golongan terhadap kaum munafik(atau kafir), sedangkan Allah telah menjerumuskan mereka (ke lembah kesesatan) disebabkan perkara yang telah diusahakan oleh mereka? Adakah kamu pula hendak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah melalui perpecahan kamu sesama Islam? Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan menemui jalan untuk menyelamatkannya. (Ayat 88 surah al-Nisa ’)
Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah al-Anaam ayat103)
Maksudnya: Sesiapa yang melihat pada pemerintahannya sesuatu yang ia tidak suka, hendaklah ia bersabar menghadapinya jerana jika sesiapa yang memusnahkannya diri daripada kumpulan umat Islam terbesar itu lalu ia mati, maka matinya itu seperti mati orang jahiliah. (Riwayat Bukhari & Muslim)
(MELAKUKAN ACARA AGAMA BUDHA)
Wakil Raja Bhumibol temui Nik Aziz di Wat Pikulthong
TUMPAT, 11 Nov 2008 – Satu majlis bersejarah dapat disaksikan di sini apabila wakil istana Diraja Thailand, Dr Tej Bunnag bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wat Pikulthong.
Pertemuan itu berlangsung sempena majlis penyerahan Kathin Diraja Thailand (kain kuning) pemberian Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej kepada wat tersebut yang akan dijadikan pakaian sami.
Dr Tej Bunnag juga bekas Menteri Luar Thailand. Menteri Besar dan tetamu yang hadir menyaksikan perarakan kain tersebut dibawa masuk oleh Bunnag yang lengkap dengan pakaian istiadat Diraja Thailand ke wat terbabit.
Wat Pikulthong merupakan wat pertama di luar Thailand yang menerima anugerah tersebut.
“Saya tidak pandang masalah bangsa. Mereka adalah rakyat saya. Semuanya dalam jagaan saya dan sekiranya mereka ada masalah, mereka boleh berjumpa ketua kaum masing-masing untuk diketengahkan kepada kerajaan.
“Tindakan saya adalah berdasarkan kepentingan insan. Kelantan dan Thailand cuma dipisahkan Sungai Golok sahaja,” katanya.
Turut hadir di majlis itu anggota-anggota Exco, Dato’ Anuar Tan Abdullah, Dato’ Takiyuddin Hassan, Che Abdullah Mat Nawi, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum.
Mengikut Kamus Dewan edisi 3 muka surat 748 , yang dikehendaki dengan kalimah “Melakukan” ialah: Menjalankan(tugas, membuat(kerja dan lain-lain). “Acara” ialah: (Muka surat 4) Susunan perkara untuk dibincangkan dalam mesyuarat(perundingan dsb), agenda. “Agama” ialah (MS 12) Kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintahnNya, Kepercayaan kepada Yang Maha Kuasa. Budha ialah Agama yang bukan agama Islam
KOMEN: Nik Aziz telah melakukan amalan upacara Agama Buddha………Dosa besar tetap berlaku ke tasnya atau ia menjadi syirik terhadap Allah, lihatlah kepada keterangan surah di bawah ini.
HUJAH LARANGAN LIHAT SURAH AL-KAFIRUN
Surah Al-Kafiruun(Orang-orang kafir) adalah sebuah surah Makkiyyah, yang merupakan surah mengenai Tauhid dan pembersihan daripada segala bentuk syirik dan kesesatan. Surah ini adalah suatu tindak balas dan jawapan tegas terhadap tindakan orang-orang musyrik yang telah mempelawa dan mengajak Rasulullah s.a.w. mengadakan persefahaman, toleransi dan perdamaian dengan cara baginda menyembah atau melakukan upacara agama berhala satu tahun, dan mereka pula akan menyembah Allah SWT setahun kemudiannya. Maka turunlah surah ini bagi memutuskan segala harapan dan angan-angan mereka. Dengan turunnya surah ini, maka berakhirlah segala bentuk pertikaian dan perebutan pengaruh di antara kedua golongan itu: Golongan orang beriman dan golongan penyembah berhala, dan rancangan cetek dan bodoh itu pun ditolak dengan tegas.
Mengikut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman halaman 1739 seperti berikut:
Bahawa kandungan ayat 1 – 6 ini mengingatkan kita supaya tetap di atas dasar tauhid dan cara-cara beribadat menurut yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. sekalipun banyak gudaan dan tipu helah daripada pihak musuh-musuh Islam dan orang-orang yang sesat untuk menjadikan kita menyeleweng daripada jalan yang benar.
PERHATIAN. Sila lihat juga dalam kitab Mukadimah Mastika Hadis muka surat 411 dalam bab perkara yang boleh merusakkan Iman melalui perbuatan ialah: melakukan upacara ibadat yang lain daripada Islam.
NIK AZIZ SEDANG BERMESRA DENGAN ORANG-ORANG KAFIR
LARANGANNYA SILA LIHAT SURAH AL-MUJADALAH AYAT 22
Maksudnya: Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat itu tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang perintah Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau keluarga mereka. Maka mereka yang setia kepada hukum Allah itu, Allah telah menetapkan iman di dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripada-Nya; lalu mereka yang seperti itu akan dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka juga reda serta bersyukur akan nikmat pemberian Allah itu. Merekalah sebenarnya penyokong-penyokong agama Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyolong-penyokong agama Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. (KEFAHAMAN AYAT (22) AL-MUJADALAH)
HURAIAN AYAT
Ibnu Kathir menyatakan: Ayat ini mengandungi suatu rahsia yang sangat besar dan penting, iaitu oleh kerana orang-orang yang beriman itu reda memutuskan segala hubungan dengan orang-orang yang sangat rapat hubungan kekeluargaan dengannya demi kerana mengharapkan keredaan Allah, maka Allah memberi ganti kepada mereka dengan anugerah yang sangat besar nilainya, iaitu syurga, dan merekalah orang-orang yang diberi gelaran kehormatan sebagai “PARA PENYOKONG AGAMA ALLAH” . Atau pada zaman sekarang dipanggil “Pejuang Islam” atau “Mujahidin” sejati yang benar-benar mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. atau mengikut para sahabat baginda sehingga mengurbankan nyawa dan harta-benda mereka demi kerana Islam, bukannya mencari pangkat atau harta benda yang banyak.
Memahami daripada ayat di atas ini, maka realitinya, jelas bahawa Nik Aziz bukan Ulama sebenar dan Parti Pas bukannya Parti Islam sebenar. Ia hanya bernama Islam pada kulit semata-mata, tetapi bertentangan dengan al-Quran sebagaimana ayat berikut:
Maksudnya: Nabi Muhammad s.a.w. ialah Rasul Allah, baginda dan orang-orang yang bersama-sama dengannya juga bersikap keras dan tegas terhadap orang kafir yang memusuhi Islam, dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). (Surah al-Fath ayat 29)
ULASAN: Orang Pas lebih menyayangi orang DAP yang kafir berbanding orang UMNO yang beragama Islam.
KEHADIRAN AZIZ DALAM MAJLIS PERLANTIKAN WATIKAH
YAB MB Dato Nik Aziz menghadiri Majlis penyerahan watikah perlantikan sami Budha di Wat Uttamaran dalam bulan Mac 1995
PAS, sebuah parti yang sering melaung dan merasakan yang ialah satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam nampaknya sudah keliru tentang apa yang diperjuangkan. Saya amat pasti yang pemimpin-pemimpin PAS sendiri sudah keliru dalam perjuangan politik mereka dan akibatnya ialah pengikut-pengikut dan penyokongnya sendiri telah keliru dan dikelirukan.
Dulu YAB Dato Nik Aziz sendiri telah mengeluarkan apa yang lebih eloknya kita katakan pendapat (daripada seorang yang diangkat oleh pengikut PAS sebagai ulama) bahawa orang Islam tidak boleh turut sama meraikan hari kebesaran agama lain kerana ianya menyalahi hukum agama. Ini disahkan oleh laporan sebuah akhbar pada 13/02/1997. Penjelasan ini dilakukan oleh YB MB Kelantan selepas mempengerusikan mesyuarat exco Kerajaan Negeri. Dia menambah bahawa orang Islam perlu membezakan antara perayaan berkaitan dengan kebudayaan dan agama kerana perayaan agama adalah merupakan kebesaran bagi sesuatui agama. Sebaliknya perayaan berkaitan kebudayaan mungkin dibolehkan. Maka di sini mungkin YB Dato Nik Aziz boleh memperjelaskan apakah boleh orang Islam bercuti pada hari Thaipusam.
Mungkin kita semua boleh terima apabila Timbalan Menteri Besar Kelantan pada ketika itu menghadiri majlis pesta kebudayaan (tarian dan nyanyian) Cina pada 25 Oktober 2000 kerana ianya bercorak kebudayaan. Dan ianya bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh YAB Dato Nik Aziz. (Walaupun PAS sebelum ini mengharamkan tarian seperti makyong, dikir barat dan lain-lain. Cuma kita agak hairan adakah dihalalkan orang Islam menyaksikan tarian dan nyanyian seperti ini? ).
Mungkin juga kita boleh terima jika kita lihat PAS meletakkan banner ucapan ‘Gong Xi Fa Cai’ dalam dwi bahawa (Bahasa Malaysia dan Cina) di depan Giants Kelana Jaya.
Mungkin kita masih boleh terima jika ahli-ahli PAS melawat rumah kaum Cina untuk menghadiri majlis rumah terbuka atau mengadakan rumah terbuka sempena Tahun Baru raya Cina untuk menarik sokongan kaum Cina kepadanya. Dan mungkin kita boleh terima kalau PAS tidak meraikan Hari Thaipusam kerana ianya adalah berkaitan dengan adat agama Hindu. (Yang mana kerajaan pimpinan UMNO pun tidak meraikannya sebaliknya mengambil peluang untuk menambahkan bilangan pelancong ke dalam negara; sebaliknya PAS hanya memperlecehkan apa yang dilakukan).
Tetapi adakah kita semua sebagai umat Islam boleh menerima tindakan YAB MB Dato Nik Aziz menghadiri Majlis penyerahan watikah perlantikan sami Buddha di Wat Uttamaran pada Mac 1995 lalu? Apakah keseluruhan majlis itu hanya majlis kebudayaan? Apakah majlis perlantikan dan penyerahan watikah yang berlangsung dalam salah satu hari daripada upacara yang memakan selama 4 hari berturut-turut itu hanya satu majlis kebudayaan?
Jurucakap Wat itu mengatakan bahawa upacara menyempurnaan mayat kematian ketua sami adalah sebahagian daripada cara agama mereka yang memakan masa selama 4 hari. Hari pertama adalah hari pemujaan dan membawa mayat ke tempat pembakaran. Hari kedua pula ialah untuk hari perlantikan ketua baru yang watikah perlantikan itu dilakukan oleh YAB Dato Nik Aziz. Upacara pembakaran mayat hanya dilakukan selepas upacara perlantikan Ketua baru dilakukan. Dan ianya adalah salah satu daripada upacara keagaaman mereka dalam menyempurnakan mayat Ketua Sami dan perlantikan Ketua sami baru. Dan hari ketiga adalah hari pembakaran mayat (yang hanya dilakukan selepas upacara penyerahan watikah perlantikan Ketua Baru).
Tetapi Tok Guru Nik Aziz mengatakan kehadirannya untuk penyerahan watikah itu adalah hanya untuk mengeratkan persahabatan dengan masyarakat berkenaan. Apakah pendapat awal Tok Guru dahulu yang mengharamkannya itu sudah tidak boleh dipakai lagi atau telah dimansuhkan? Apakah hanya untuk mengeratkan persahabatan, maka Tok Guru sanggup melaksanakan salah satu upacara keagamaan kaum tersebut? Adakah Tok Guru sanggup melakukan perasmian perayaan Thaipusam jika ianya dilakukan di Kelantan demi kerana untuk persahabatan dengan Kaum Hindu?
Untuk pengetahuan Tok Guru dan ahli-ahli PAS, adalah amat berbeza sama sekali upacara sambutan Tahun Baru Cina dengan upacara perlantikan Ketua Sami dan penyempurnaan mayat Ketua sami. Yang pertama ialah satu upacara kebudayaan masyarakat Cina yang disambut oleh semua keturunan Cina tanpa mengira agama. Tetapi yang kedua ialah upacara adat keagamaan kaum Siam yang hanya dilakukan apabila ada kematian Ketua Sami dan setiap aturcara merupakan sebahagian daripada upacara adat agama tersebut. Yang sahnya penyerahan watikah dan perlantikan ketua baru itu adalah salah satu daripada upacara agama tersebut, kerana upacara seterusnya iaitu pembakaran mayat hanya dilakukan selepas upacara ini. Setidak-tidaknya Tok Guru bolehlah hadir sebagai pemerhati sahaja atau menghantar wakil daripada keturunan Siam untuk melakukan upacara tersebut. Itulah yang terbaik mengikut Islam.
Tetapi Tok Guru memilih untuk melakukannya. Ini berlawanan dengan pendapat dia sebelumnya dan bertentangan dengan ayat al-Quran seperti berikut:
MAKSUDNYA: Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati daripada orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya(termasuk upacara kematiannya), kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik(derhaka). (KEFAHAMAN AYAT (84) AT-TAUBAH)
HURAIAN: Daripada Ibnu ‘Umar, katanya: “Sebaik sahaja Abdullah bin Ubay (ketua munafik) meninggal dunia, maka datang seorang anak lelakinya menemui Rasulullah s.a.w. sambil meminta sehelai baju Qamis baginda untuk dijadikan kain kafan ayahnya, maka baginda pun menunaikan hajat anak lelaki ketua munafik itu. Kemudian anak lelaki ketua munafik itu meminta supaya Rasulullah menyembahyangkan jenazah ayahnya, maka Rasulullah s.a.w. berdiri (untuk menyembahyangkan jenazah ketua munaifik itu); lalu berdirilah Sayidina ‘Umar sambil menyatakan kemusykilannya: Ya Rasul Allah! Adakah anda hendak sembahyangkan jenazah musuh Allah ini? Maka baginda menjawab: “Wahai Umar! Aku telah diberi peluang membuat pilihan dan kalau aku tahu supaya meminta ampun lebih daripada tujuh puluh kali pun nescaya akan aku lakukan dalam masalah ini, maka saya membuat pilihan melalui firman Allah: “Jikalau kamu memohon ampun kepada Allah untuk sebanyak tujuh puluh kali pun….” tetapi saya akan memohon ampun lebih daripada tujuh puluh kali untuk mendapatkan keampunan Allah, akan saya lakukan. Lalu baginda pun melakukan solat ke atas jenazah itu dan ikut mengiringnya ke tanah perkuburan sambil berdiri di tepi kuburnya, tetapi tidak lama kemudian turunlah ayat 84 yang melarangnya untuk selama-lamanya.
Justeru, Adakah pendapat itu yang applikasinya hanya untuk pemimpin bukan PAS sahaja? Atau apakah Tok Guru adalah seorang yang maksum yang membolehkan beliau melakukan apa sahaja yang disukainya tanpa ada batasannya walaupun bercanggah secara jelas dengan hukum Allah? Sesunguhnya keliru dan mengelirukan. Dan kita telah melihat banyak kekeliruan yang telah dilakukan oleh beliau. Selagi mereka memilih politik sebagai kerjaya mereka dan dalam masa yang sama mereka masih ingin mengekalkan pangkat mereka sebagai ulama. Campuraduk antara Umarak dan Ulamak maka selama itulah penyelewengan akan tetap berlaku demi menjaga kuasa dan kedudukan. Semoga Allah melindungi kita daripada segala kekeliruan dan penyelewengan yang dilakukan oleh ulama jahat yang seperti ini.
BERCAKAP KASAR ATAU PERCAKAPAN YANG BURUK
Nik Aziz melaksanakan pendekatan amar makruf melalui kekasaran, dan kajahatan mulut sedangkan Allah mengajar hamba-Nya agar bersikap lemah lembut dalam menyampaikan dakwah sebagaimana ayat-ayat berikut:
Maksudnya: Wahai Musa dan Harun. “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya(Toghut). “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut (dan kurang sikap garang dan angkuhnya)”. (Ayat 43 & 44 surah Ta Ha)
Maksudnya: Ucapkanlah kata-kata yang baik, merendah diri, dan lembut berbicara kepada sesama manusia, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat kerana kedua-dua ibadat ini merupakan rukun yang ada kena-mengena dengan fizikal seseorang dan kewangan”. Tetapi sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia itu kecuali beberapa kerat sahaja antara kamu yang masih setia memegang janji Allah. (Ayat 83 surah al-Baqarah)
Maksudnya: Dan katakanlah wahai Muhammad kepada hamba-hamba-Ku yang beriman, supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik kepada orang-orang yang menentang kebenaran; berceramah dan berdialoglah dengan mereka dengan kata-kata yang paling lembut serta kalimah-kalimah yang menyenangkan hati mereka, kerana sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka agar antara orang-orang mukmin dengan orang yang menentang itu mengeluarkan kata-kata yang boleh mencetusakan permusuhan sehingga terjadi berbagai-bagai fitnah melalui lidah; ketahuilahbahawa sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang amat nyata bagi manusia sejak dulu lagi, yang sengaja mempengaruhi manusia agar berkata-kata dengan perkataan yang tidak sopan. (Ayat 53 surah al-Israa’)
Maksudnya: Dan sekiranya, engkau bersikap kasar lagi keras hati, maka tentulah mereka lari meninggalkanmu (dan tidak menyokong kamu). Oleh itu, maafkanlah mereka dan pohonkanlah keampunan bagi mereka. (Ayat 159 surah Ali-’Imran)
Maksudnya: Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelok pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka perkara yang telah mereka lakukan. (Ayat 108 al-Anam)
Yang dimaksudkan agar jangan memaki berhala, bukannya mengiktiraf kebenaran berhala. Berhala tetap batil, namun Allah mengajar orang Islam hendaklah bercakap dengan perkataan yang sopan, lebih-lebih lagi kepada sesama manusia dan sesama Islam.
Maksud Hadis
Ibu Mas’ud (Abdullah bin Mas’ud) r.a. pernah berkata: Wahai lidah! Sebutkanlah yang baik-baik, niscaya engkau akan dapat faedah. Dan berdiamlah dari berkata buruk, niscaya engkau terselamat sebelum engkau menyesal.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang memelihara lidahnya, Allah akan menutup kecelaannya. Barangsiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya dari siksaNya. Dan barangsiapa yang menyatakan keuzurannya kepada Allah, Allah akan menerima uzurnya”.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun berdiam saja”
Sabdanya lagi: “Jagalah lidahmu kecuali bila berkata yang baik. Dengan berlaku demikian engkau akan mengalahkan syaitan.”
PERINGATAN
Mungkin Nik Aziz berhujah boleh membalas kejahatan orang melalui ayat di bawah ini. Kalau logik begitu, maka kita boleh mencuri barang orang jika orang itu mencuri barang kita.
Maksudnya: Sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu, maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang telah dilakukannya kepada kamu. Ayat ini tidak boleh dibaca separuh begitu sahaja kerana ia ada kena mengena dengan ayat yang terdahulu. Oleh itu hendaklah dibaca dan difahami seperti berikut:
Maksudnya: Apabila mereka memerangi kamu pada bulan yang dihormati, maka balaslah pencabulan itu dalam bulan yang dihormati juga, kerana tiap-tiap perkara yang dihormati itu jikalau dicabuli, ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu, maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang telah dilakukannya kepada kamu, dan bertakwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. (KEFAHAMAN AYAT (194) AL-BAQARAH)
Pada bulan itu(bulan Haram) umat Islam tidak boleh berperang tetapi jika mereka diserang terlebih dahulu maka diperbolehkan membalas serangan itu pada bulan itu juga. Antaran bulan yang diharamkan berperang ialah bulan Zulkaidah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab).
(FATWA HALAL & HARAM)
Mengeluarkan fatwa “HALAL” Dan “HARAM”, seperti “Mengkafirkan orang UMNO”, “Menyifat orang UMNO ahli neraka”, “Menyokong PAS akan masuk syurga” dan berbagai-bagai lagi yang tidak sopan. Silat lihat ayat berikut:
Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengharamkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu. (Ayat 87 surah al-Maaidah)
Maksudnya: Apakah yang menghalang kamu, yang menyebabkan kamu tidak makan daging yang disembelih oleh kamu sendiri, sedangkan kamu telah menyebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu sama ada halal atau haram seperti bangkai, darah, dan sebagainya, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya kerana darurat? Dan sesungguhnya kebanyakan orang yang suka berdebat itu menyesatkan manusia dengan hawa nafsu mereka, iaitu dengan cara memandai-mandai mengeluarkan hukum sesuatu itu sama ada haram atau halal, tanpa berpandukan kepada syariat Allah yang sebenar, bahkan berpandu kepada hawa nafsu semata-mata. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih Mengetahui akan orang yang melampaui batas, iaitu orang yang suka menghukum halal dan menghukum haram, tanpa dipandu kepada dalil syariat yang sah, baik daripada al-Quran mahupun daripada Hadis. (Ayat 119 surah al-Anaam)
Maksudnya: Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (Ayat 116 surah an-Nahl)
MELAKNAT ORANG LAIN
Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 dan diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.
“Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ –
Berdoa supaya orang Islam lain dikenakan bala bencana. Didapati PAS sentiasa bersolat hajat agar UMNO dikenakan bala’ serta pengundi-pengundi buta mata tidak nampak simbol lain kecuali bulan purnama PAS sahaja. Perbuatan seperti ini bebar-benar bercanggah dengan perbuatan Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi ikutan orang-orang mukmin. Apabila Nabi dizalimi oleh kaumnya, Nabi tidak menggunakan kekebalan yang ada pada diri baginda, bahkan baginda berdoa dengan
ا
Yang bermaksud: Ya Allah Ya Tuhan-Ku! Berilah petunjuk kepada kaum bangsaku kerana mereka masih belum mengerti.
Maksudnya: Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman yang diredai-Nya, ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan-santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang baik-baik dan sedap didengari. (Ayat 63 surah al-Furqan)
Maksudnya: Dan tidaklah sama (kesan dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; (iaitu dengan cara menghadapi kemarahan dengan bersikap sabar, sikap jahil orang dengan sikap lemah lembut, perbuatan jahat orang dengan memberi kemaafan); apabila engkau berlaku demikian, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Ayat 34 surah Fussilat)
AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI
Bantahan termasuk melakukan rusuhan yang dilancarkan oleh sesetengah pihak terhadap akta ini sama ada atas nama parti Islam atau NGO adalah hasil daripada kegagalan mereka dalam memahami perbezaan dan fungsi antara dua kuasa, iaitu: kuasa eksekutif (al-Sultah al-Tanfiziah) dan kuasa perundangan al-Sultah al-Qadhiah. Kedua-dua bidang ini mempunyai bidang kuasa dan pendekatan yang berbeza dalam menjalankan fungsi masing-masing disebabkan peranan dan tanggungjawab yang berbeza. Para ulama yang membicarakan berkenaan sistem politik Islam atau al-Siasah al-Syariyyah telah menghuraikan peranan serta bidang kuasa ketua negara dalam menjalankan tugasnya.
• Al-Imam al-Qarafi menyatakan: Pemerintah adalah orang yang diserahkan kepadanya mentadbir seluruh urusan rakyat, menjaga kepentingan umum dan membanteras segala yang merosakkan, mengekang penjenayah, membunuh penderhaka dan menguruskan penempatan rakyat dalam negara dan perkara-perkara lain yang seumpama dengannya.
• Al-Imam al-Juwaini menyatakan bahawa antara tanggungjawab pemerintah ialah: Memelihara akidah dan amalan agama umat Islam sejauh mana yang boleh dilakukan, menghapus kekeliruan yang dibawa oleh penyeleweng agama, membanteras amalan bidaah serta penganjur-penganjurnya.
Daripada dua huraian yang dibuat oleh dua orang ulama ini dapatlah disimpulkan bawawa tanggungjawab pemerintah dalam Islam begitu besar dan luas. Ia merangkumi kepentingan-kepentingan yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan agama seperti keamanan negara, keselamatan nyawa dan harta benda penduduk serta kebajikan mereka, keselamatan akidah serta kemudahan menunaikan pemerintah agama.
Bagi melaksanakan tanggungjawab yang besar ini, ketua negara sudah tentu mempunyai bidang kuasa yang diperlukan tanpa diikat oleh prosedur-prosedur ketat seperti dalam bidang kehakiman. Menjelaskan hal ini, Imam al Qarafi menyatakan: Ketua negara mempunyai kuasa kehakiman dan kuasa mengeluarkan fatwa. Ia juga boleh melakukan perkara-perkara yang tidak bersifat fatwa dan kehakiman seperti menghimpunkan tentera, mengisytiharkan peperangan, memungut hasil dan membelanjakannya pada tempat yang sesuai dan betul, melantik pegaawai-pegawai, membunuh penderhaka, iaitu tugas yang banyak dan tidak boleh dilakukan oleh hakim dan juga mufti.”
Antara bidang kuasa yang menjadi tanggungjawab ketua negara ialah kuasa hisbah. Ini merangkumi tanggungjawanb mengeluarkan perintah dan peraturan yang bertujuan menjaga kepentingan umum, menguatkuasakan peraturan-peraturan keselamatan negara, ketenteraman awam, ekonomi, pengangkutan, perusahaan dan sebagainya.
Menjelaskan kuasa hisbah ini, Ibn al-Qayyim dalam kitabnya al-Thuru al Hukmiyah menyatakan: Bahawa hukum-hukum yang dijalankan di bawah kuasa hisbah merupakan hukum-hukum syarak. Hukum-hukum tersebut mempunyai kaedah-kaedah pelaksanaan di sisi syarak. Kepentingan umat mungkin tidak dapat dijaga dengan sempurna tanpanya. Pelaksanaan seperti ini tidak memerlukan pendakwa dan orang yang didakwa. Jika prosedur sedemikian tidak diikuti, maka kepentingan umat akan musnah dan sistem pemerintahan akan menjadi kucar kacir. Pihak berkuasa boleh menjalankan kuasa ini berasaskan petanda-petanda dan alamat-alamat yang jelas serta hubung kait yang boleh dijadikan keterangan (circumstantial evidence),
Maka di bawah kuasa hisbah ini, pemerintah dalam Islam boleh menahan seseorang tanpa dibicara atas sebab-sebab kepentingan umum dan keselamatan negara. Menghuraikan persoalan ini, Dr. Sajd bin Said ad-Duraib dalam kitabnya al -Tanzim al-Qadha, Fi al-Mamlakah as-Saudiyyah menyatakan: Sesungguhnya ketua negara dengan kuasa eksekutifnya boleh mengeluarkan perintah membekukan harta atau membelanjakannya. Ia juga boleh mengasingkan (memenjara atau memencilkan) orang yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat seperti yang dilakukan oleh Saidina Umar r.a terhadap Sobiq bin Asal kerana usahanya mengelirukan orang ramai tentang al-Quran. Pemerintah juga boleh menahan dan membuang daerah sesiapa yang pada pandangannya boleh memudaratkan masyarakat.”
Para imam mazhab telah membincangkan persoalan ini dalam kitab-kitab mereka seperti yang disebut oleh as-Syatibi dalam kitabnya ”al-I’tisom”: Sesungguhnya para ulama berbeza pendapat tentang keharusan memukul tertuduh dengan tuduhan jenayah. Imam Malik r.a berpendapat harus memenjarakan seseorang yang dituduh melakukan jenayah sekalipun pemenjaraan itu merupakan sejenis penyeksaan, malah sebahagian ulama Maliki berpendapat bahawa pukul(dera) juga harus. Hukum ini pada pandangan ulama Maliki samalah dengan hukum yang menetapkan supaya tukang yang mengambil upah perlu menggantikan bahan yang diserahkan kepadanya oleh pelanggan jika rosak atau hilang, kerana tanpa pukul(dera) dan penjara ketika ada tuduhan yang kuat, tidak mungkin dapat dikembalikan harta daripada tangan pencuri dan perompak. Ini memandangkan bukti keterangan kadang-kadang sukar diadakan. Maka terdapat kepentingan umum untuk mengenakan seksaan terhadap tertuduh sebagai cara mendapatkan kembali harta yang dicuri dengan menunjukkan harta tersebut disembunyikan dan membuat pengakuan.”
As-Syatibi seterusnya menolak anggapan bahawa undang-undang seperti ini boleh membuka pintu penyeksaan kepada orang yang tidak bersalah dengan katanya: Jika dikatakan: ini membuka ruang bagi menyeksa orang yang tidak bersalah.” Jawapannya ialah: Tanpa berbuat demikian harta benda tidak dapat dikembalikan kepada pemilikmya. Malah tidak melaksanakan seksaan seperti itu lebih besar mudaratnya. Sebenarnya seseorang itu tidak diseksa dengan wujudnya dakwaan semata-mata, sebaliknya perlu disertai dengan petanda-petanda (qarinah) yang kuat dalam diri hingga menimbulkan sangkaan yang kuat di dalam hati. Jadi seksaan pada lazimnya tidak menimpa orang yang tidak bersalah dan jika pun terkena, ia dimaafkan seperti dimaafkan pada hukum mewajibkan ganti ke atas tukang-tukang yang merosakkan barang pelanggan.”
Al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam as-Sultaniyah menyatakan bahawa tindakan yang sedemikian hanyalah boleh diambil oleh Amir iaitu kuasa eksekutif. Manakala Qadi atau hakim hanya boleh mengenakan hukuman seksaan setelah disabit tuduhan dalam perbicaraan di mahkamah mengikut prosedur keterangan yang ditetapkan oleh undang-undang sahaja.
Adalah jelas daripada perbincangan para ulama ini, jika penahanan tanpa bicara diharuskan dalam kes harta benda, maka dalam kes-kes yang membabitkan keamanan dan keselamatan negara adalah lebih utama tindakan sedemikian diharuskan. Malah jika pemerintah berpendapat bahawa tanpa penggunaan ISA, keamanan dan keselamatan negara akan terjejas. Maka pada ketika itu menggunaannya adalah wajib. Ini ialah berasaskan satu kaedah usul fiqah yang berbunyi: ”Apa apa perkara yang tidak sempurna perkara yang wajib melainkan dengannya, maka perkara itu adalah wajib.”
Mengharuskan penetapan harga kepada pihak kerajaan pada saat perlu mencegah monopoli sesetengah pihak ke atas sesuatu yang boleh memudaratkan manusia seperti makanan, pakaian dan kesemua bahan-bahan keperluan asas yang lain.
Semua ini menunjukkan betapa keperluan berpegang dengan maslahah hajiyah. Ia mengkhususkan perkara yang umum dan berdasarkan kepada kaedah dan perbandingan-perbandingan umum.
ULAMA MENTADBIR NEGARA
1. “Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.
2. “Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
HUJAH PENOLAKAN
PAS telah mengisytiharkan bahawa bumi atau negara ini mestilah diperintah oleh para Ulama. Sedangkan Allah telah berfirman secara jelas:
Maksudnya: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh” (yang layak untuk memerintah). (Ayat 105 surah al-Anbiya’)
Ayat di atas ini, boleh difahami melalui Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang berikut:
Maksudnya: Ulama itu pemegang amanah rasul-rasul selama mana mereka tidak mencampuri urusan pemerintahan dan urusan keduniaan, tetapi sebaliknya jika mereka mencampuri urusan pemerintahan dan keduniaan, maka mereka itu telah mengkhianati para rasul. Oleh itu hendaklah kamu semua awasi mereka atau lari daripada mereka. (Hadith riwayat al-Baihaqi dan al-Uqaili daripada Anas ra. Hadith Hasan)
Ulasan: Jikalau Allah menghendaki agar bumi ini diperintah oleh para alim Allah akan menyebut:
Maksudnya: Sesungguhnya bumi ini akan diperintah oleh para alim ulama.
DAP HINA ISLAM
DAP hina Islam melalui kata-katanya; Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu.
PAS BERSEKONGKOL DENGAN KAFIR HARBI DAP
Pas secara jelas dan terang-terang membuat pakatan atau bertahaluf dengan DAP yang secara terang-terang memusuhi dan menghina Islam. Nampaknya kini Pas percaya dan serta mengharapkan pertolongan DAP yang sentiasa mencari jalan memusuhi umat Islam atau bagi menjatuhkan orang Islam sendiri.
Sila lihat ayat 140 surah an-Nisa;
Maksudnya: Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab al-Quran, iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan atau hokum Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul atau bersekongkol) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu bergaul atau bersekongkol), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik(yang bergaul atau bersekongkol itu) dan orang kafir di dalam neraka jahannam. (Ayat 140 aurah an-Nisa’)
Islam memberi keyakinan kepada pemeluknya bahawa PAS tidak akan berjaya untuk selama-lamanya dalam perjuangannya, yang mungkin pada peringkat awal nampak berjaya. Ini beralaskan kepada firman Allah dalam surah al-Maidah 55-56
Yang bermaksud: “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan sesiapa yang menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang.” (Surah al-Maidah 55 & 56)
Justeru, selagi PAS menjadikan DAP sebagai penolong bagi menghancurkan orang yang beriman (seperti orang UMNO), maka selagi itulah PAS akan gagal dan kecundang. Allah sudah pun mengingatkan kita semua, jika kita mahu menang dalam apa-apa perjuangan (apatah lagi dalam berjihad), maka jadikanlah orang-orang yang beriman sebagai penolong. Hal ini juga tidak hanya ditujukan kepada PAS semata-mata, tetapi tidak terkecuali kepada UMNO juga. Kesimpulannya, selagi kedua-dua belah parti tidak mahu bersatu padu, maka umat Islam akan tewas dan hancur di negaranya sendiri.
Dan ketika ini, yang tampak jelas mahu bersatu padu adalah pada pihak UMNO. UMNO yang seolah-olah membuka pintu perdamaian yang luas kepada PAS, tetapi amat malang sekali, tatkala Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, tidak hanya mencela UMNO, malah turut menolak hasrat baik UMNO agar sengketa orang-orang Melayu dapat diredakan secepat mungkin. Nik Aziz seakan-akan lupa bahawa beliau juga tidak terlepas daripada berkewajipan untuk mengikut ayat 10 dalam surah al-Hujrat yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.”
Tetapi malangnya, PAS lebih mempercayai DAP daripada UMNO, walaupun adalah jelas orang-orang UMNO juga adalah seagama dengan orang-orang PAS. Yang pasti, PAS tidak peduli ayat Allah yang ke 29 dalam surah al-Fath yang bermaksud, “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang beriman yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih-sayang sesama mereka.”
DAP adalah parti yang jelas tidak mempercayai keadilan yang dibawa oleh Islam, tatkala mereka secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum Hudud, hal tersebut sudah saya jelaskan sebelum ini. Malah, dalam buku berjudul BA dan Negara Islam tulisan Lim Kit Siang pada tahun 1999 sudah jelas membuktikan bahawa parti tersebut menolak ideologi PAS dan cita-citanya untuk menubuhkan negara Islam. Lantaran itu, mengapa PAS bersikap degil dan masih mahu bersengkongkol dengan musuh Islam yang nyata dan lagi terang itu?
Sehingga kini, tidak ada seorang pun ahli PAS atau pemimpim PAS yang sanggup memberikan jawapan dengan hujah yang menyakinkan berkenaan mengapa PAS perlu bersengkongkol dengan kafir harbi yang menjadi musuh Islam bagi menjatuhkan saudara seagama mereka sendiri iaitu UMNO. Saya bimbang, jika benar kata-kata yang telah disampaikan oleh bekas Presiden PAS iaitu Allahyarham Tan Sri Dato’ Mohd Asri Hj Muda pada 27 tahun lalu yang mendakwa, “Suasana dan sikap yang muncul semenjak Muktamar yang ke-27 hinggalah ke Muktamar ke-28 ini telah menunjukkan bahawa ada sesuatu usaha semacam konspirasi untuk memecah-belahkan PAS dari dalam, terutamanya dalam soal kepimpinan. Menjelang Muktamar ini, suatu penjelajahan yang agak menyeluruh bertopengkan kepimpinan ulama telah mengharu-birukan fikiran dan suasana telah dilakukan, di samping itu, fitnah-fitnah terhadap diri saya berkeliaran mengatasi fitnah-fitnah yang pernah dilemparkan oleh musuh-musuh politik PAS pada tahun 1977/1978 dahulu.”
Selepas menyampaikan ucapan yang penuh kekecewaan itu, Tan Sri Asri melepaskan jawatannya sebagai Presiden PAS yang ketiga, setelah tidak sanggup lagi mendengar laungan penghinaan dan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh para perwakilan PAS ketika itu dengan ucapan yang nyaring dan kuat, yang berbunyi, “Marakbar Asri, Marakba Asri, Marakba Asri.” (maksudnya, “Mampuslah Asri, Mampuslah Asri, Mampuslah Asri.”).
Pada saya, hati pemimpin manakah yang tidak remuk dengan kata-kata yang sekesat itu? Rupa-rupanya, wajah kepimpinan ulama yang dicanang bagi menjatuhkan Tan Sri Asri dari kerusi Presiden PAS adalah begitu hodoh rupanya. Dengan slogan kepimpinan ulama, mereka menghalalkan kaedah penghinaan dan mencemuh pemimpin mereka sendiri. Maka, tidaklah menghairankan jika kita perhatikan ucapan Nik Aziz yang berbunyi, “Pergi Jahanamlah UMNO” yang dilemparkannya kepada UMNO baru-baru ini di media massa, merupakan kesinambungan daripada sikap mereka tatkala mahu menjatuhkan kepimpinan Tan Sri Asri 27 tahun yang lampau. Kita juga tidak tahu, mungkinkah amalan kata-kata kesat dalam PAS selama ini adalah warisan daripada sikap Nik Aziz sendiri atau pun barisan kepimpinan ulama yang mereka dokong dan sokong selama ini. Apakah ini amalan seorang ulama? atau ini merupakan amalan syaitan yang wajib kita hindari? Semoga Allah masih mengampuni kita semua. Fikir-fikirkan wahai ahli-ahli PAS, siapakah yang tuan-tuan sokong dan harap ini. Wallahualam.
Marilah kita berhati-hati dengan sikap DAP dan parti yang sekutu dengannya. Parti DAP sudah terkenal dengan sikap ultra kiasu sejak penubuhannya lagi selepas PAP. Mereka mahu menjadi negara ini negara sekular, tanpa identiti Islam mahupun Melayu. Sebarang percubaan untuk mengislamkan atau memelayukan identiti negara ini akan ditentang habis-habis sebagaimana Karpal pernah berkata langkah mayat beliau dulu jika PAS berniat untuk menegakkan Negara Islam.
Saya amat berharap PAS mengkaji balik pakatan mereka dengan puak ekstrem ini. Lebih baik berkawan dan berdakwah dengan UMNO bagi membincangkan agenda memperkasakan Islam dan umat Islam. Biarkan DAP berkawan dengan mereka yang ingin menghalalkan cara. Kepada DAP perlu diingatkan bahawa mereka tidak akan menang banyak kerusi dalam PRU 12 baru-baru ini, tanpa sokongan orang Melayu. Justeru, jangan seperti kaduk naik junjung. Pernahkah sekali kita mendengar DAP meminta maaf apabila mereka menyinggung perasaan orang Islam disebabkan oleh keceluparan dan kebiadaban mereka? Sudah tentu tidak. Tetapi apabila tiba giliran orang lain, maka mereka melalak dan melolong meminta kita umat Islam meminta maaf.
DAP dan termasuk orang Cina lain perlu ingat, Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Agama Islam dan Melayu ibarat darah dengan daging atau ibarat gula dengan mansinya, kerana ia tercatit dalam perlembagaan Malaysia fasal 160 yang mentakrifkan setiap orang melayu boleh disabitkan melayau apabila ia beragama Islam. Bahkan secara umumnya, setiap manusia memerlukan agama, sebab agama itu datang daripada Tuhan. Suka atau tidak kita dengan agama, diakhirkan nanti kita tetap kembali kepada agama. Jika tidak, maka tidak perlulah dilakukan upacara kematian mengikut agama. Kematian manusia tidak mengenal usia, kematian boleh datang secara tiba-tiba,